Ahad, 25 Disember 2016

Pengalaman pembawa rvd

Assalamualaikum w.b.t.

Aku terpanggil hari ni untuk berkongsikan pengalaman aku sebagai pembawa rvd or bahasa mudah nye hiv.

Aku mula2 diagnose pada 2012 bila aku nak buat minor operation di sebuah private hosp. Agak pelik time tu bila nurse dtg 2 x utk ambil darah aku..time tu aku x rasa apa2 yang mencurigakan. The next day..doc call, dan inform yg darah aku ada hiv..perasaan time tu....aku relax...mcm x percaya. Aku balik ward..terus call kawan baik aku..mengadu nasib ..kawan aku terperanjat gile la..tapi alhamdulillah di atas kekuatan yg dipinjamkan Allah..aku sikit pon x nangis...just relax...and terus fikir what to do next. Time tu aku kurang informasi ttg rawatan rvd.. nak kene refer hospital or klinik mana...etc..cuma doc ada cakap ttg hosp sg buluh yg ada pakar dlm kes ni...tp jauh kotttt....apa aku buat...aku google ttg rawatan alternatif utk hiv.

Maka aku dijodohkan utk jumpa dgn doc terapi alternatif yang menggunakan homeopati dan supplement. Hampir 2 tahun juga bertahan dgn doc tu..persoalan nya?? Betol ke virus dlm badan aku ni masih x terkawal...doc pusat rawatan tu byk kali suruh aku check cd4 every 6 month...tp aku xpernah check..hahaha (jgn tiru perangai buruk aku ni...kelas menyesal nanti). Lagi pun time tu badan aku sihat walafiat dan x ada rasa simptom apa2...life so happy

Lepas tu aku terbaca ttg satu supplement ni 4life transfer factor product USA...dan testimoni ttg hiv sangat positif...maka aku decide utk stop rawatan alternatif tu dan start ambil supplement 4life sehingga la hari ini. Kiranya 4 thn diagnose tanpa sebarang simptom dan ubat2an khusus (sekali lagi jgn ikot cara aku ni)

Nak dijadikan cerita last 2 month aku batuk teruk dan aku mcm kene semput. Aku dh refer 2 KKM buat xray buat ujian tbc..everything clear, semput pon xde.Risau punya pasal aku g buat blood test kat pathlab...result sgt menggembirakan. Sampai 1 malam aku rasa xleh nafas..terus aku drive sendiri...repeat..drive sendiri ke pantai hospital...warded for 2 days...doc kata ada mild lung infection. So makan antibiotic, ubat allergic dan setiap hari disuruh makam panadol.

Back to kes rvd aku...mcmana aku teragak nak refer KKM setelah 4 tahun....tu pun setelah aku di nasihatkan oleh pengurus pathlab.. kata2 dia amat meyakinkan aku.
Maka mula la rekod aku dgn KKM....

Next..aku akan cerita pengalaman aku dgn KKM..aku nak makan mandi solat dulu...c u later

Tiada ulasan:

Catat Ulasan