Isnin, 9 Januari 2017

Seminggu hidupku di hospital besar

Assalamualaikum

Hari ni genap seminggu aku beristirehat di hospital besar setelah warded disebabkan oleh allergic haart...my fever n rashes semuanya dh ok dan doc akan rechallenge haart sekali lagi..harap2 kali ini badan aku dapat menerima haart tersebut...Sebagai permulaan aku disuruh mula dengan combivir dulu utk 5 hari..kemudian akan teruskan dgn nevarapine...

Hari ni aku xnak tulis pasal ubat dan sakit aku. Aku nak tulis pasal life aku di hospital besar selama seminggu. Mula2 aku rasa seram masuk GH...first time la katakan...ward lama lak tu...tapi andaian aku ternyata berbeza...

Aku dimasukkan di wad kelas 3 block A ada 7 pesakit dlm satu bahagian ward..dari situ aku kenal nizam berusia 28thn yang dah mula dialisis, dia yg byk ajar aku selok belok hospital ni..sbb dia mmg otai besar di  sini..macha, pak guard, nurse semuanya dia kenal. Dia la yg ajar aku port makan best..kerana dia perut ku xpernah lapar ddk di hospital. Dia jenis panas baran...dgn doc pon dia melawan..tp dia ttp kawan aku yg baik di ward..

Yang kedua aku kenal dgn abg xxx..aku lupa nama dia..sbb aku panggil dia abang jeee..berumur 46 tahun..kurus sebab selera makan dia hilang..turun 22 kilo dlm masa 1 bulan..kesian dia..mcm2 juga dia share ttg life dia dgn aku.. tp dia baik...Walaupun jalan slow..cakap slow..dia mmg ada gaya abang yang byk bg nasihat.

Ketiga pakcik affandi..usia 56thn...kencing manis+buah pinggang+ mata x nampak. Selera makan pak cik ni sgt tajam..makanan hospital x pernah x habis.. ditambah lagi dgn makanan luar yg dia kirim. Aku la tukang belikan makanan dia...aku kesian tgk dia terkapai2 nak suap makanan..nak ambik air...jadi aku lah yang tolong dia..suapkan makan..turun naikkan katil..suapkan air..

Seterusnya pakcik rosli 52 tahun..buah pinggang and mild stroke. Aku plg baik dgn ayah dia yg dh tua tp masih kuat, bekas askar..pak cik rosli ni Mula2 mcm  sombong2..tp last2 berborak jugak dgn aku..suka kondem nurse katanya nurse x reti buat kerja dan x alert pasal pesakit. In which sometimes mmg betul pon..

Then abg xxx, pon x tau nama..tapi sakitnya sebab satu badan bisa2 mcm kene elektrik...kesian gak..cakap pon x clear sgt...

Tak lupa juga atok dollah umur 78 tahun..kalau cerita x reti berenti...pastu 10 x tanya nama aku. Aku rajin borak dgn cucu2nya yg suka melawat dia...ada juga tan bok bok yg suka memekak jam 4.30 am sbb nurse nak tukar pampers dia...

Rapatnya kami yg sihat dan berselera makan  ni..Kami selalu order makan malam bersama dari kedai luar dan delivery kat ward..nizam la ketua nya..port utk makan kat katil pakcik rosli la...kitaorg borak2 sampai kol 12 am...nurse pon xleh nak kata apa janji kitaorg happy...

Cerita pasal nurse...block A2 is the best nurse..baya2 kakak..adik2..semua sporting dan menerima sakit aku..dan layanan diberikan sgt baik..aku selalu dicop budak suka hilang dan budak suka berjalan..

Ward aku selalu dijadikan tempat praktikal students dan aku xpernah lokek cerita pasal life aku pada mereka.. ttg ubat2 yg aku ambil..side effects, etc...sampaikan student medic tu cakap aku layak jadi doctor sbb tau pasal semua ubat dan sakit...

Now...masa aku menulis post ni..aku telah dipindahkan ke block C....puas aku pujuk doctor utk x pindahkan aku dari block A...tp atas kebaikan aku yg lebih dekat dgn doc pakar....aku terpaksa akur...Keadaan diward C3 jauh berbeza dgn ward A2...Walaupun katilnya a bit privacy...tp aku ttp rindukan ward A2 yg mana katilnya xde nak kepung2...mcm dorm asrama..

Apalah kabar kawan2 di sana...nurse2 comel di sana....miss them already..ermmm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan